Thursday, March 27, 2008

Gigit Jari, Tiada Seorang Pun Ahli MT Sokong Idris

Lihat video - Sidang Media Pak Lah

MT UMNO terima Ahmad Said

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu pada 23 Mac lalu.

Beliau menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota majlis iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pelantikan itu sekali gus mengetepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.

Pelantikan Ahmad itu mendapat bantahan daripada 22 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu, yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lepas.

http://www.utusan.com.my

MT sokong Ahmad MB T'ganu

Majlis Tertinggi Umno sepenuhnya menyokong pelantikan menteri besar baru Terengganu Datuk Ahmad Said, kata seorang anggota majlis itu.

"Tiada seorang pun (ahli MT) yang bantah," katanya kepada Malaysiakini.

Susulan itu, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh menerima pelantikan yang dibuat oleh pihak istana.

Idris, sebagai ketua perhubungan Umno negeri, dan dua lagi ahli MT dari negeri itu turut hadir.

Ketua bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar, dan ketua Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, antara tokoh Umno negeri yang menolak Idris.

Keutamaan Umno negeri itu, kata Perdana Menteri, untuk melantik barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri secepat mungkin.

Abdullah juga menafikan keputusan MT menerima Ahmad sebagai "memalukan" beliau dan parti.

Mesyuarat itu, yang diadakan di ibu pejabat Umno mulai pukul 3 petang, berlangsung lebih empat jam.

Abdullah juga mengumumkan Ahmad sebagai menteri besar dalam sidang medianya selepas mesyuarat itu.

Beliau juga mengumumkan Umno akan mengadakan pemilihan agung 16-20 Disember.

Pertandingan peringkat cawangan dan bahagian bermula 17 Julai, katanya.

Isu perhimpunan khas yang dibawa oleh Tengku Razaleigh Hamzah tidak menjadi topik perbincangan.

http://www.malaysiakini.com